KELENGKAPAN Haji & Umrah Firman Allah SWT.: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.”(Surah al-Baqarah, ayat 196) Haji dan Umrah, kedua-duanya hanyawajib sekali saja seumur hidup dan sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Perbezaan jelas antara kedua-duanya ialah haji hanya boleh dikerjakan dalam bulan haji iaitu mulai 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijah.

Berikut adalah 'Senarai Cadangan' kelengkapan haji dan umrah yang perlu dibawa ke tanah suci untuk ibadah haji dan umrah :   http://www.dniey71.blogspot.com
1) KELENGKAPAN WANITA
TELEKUNG : 3 PASANG
SET BAJU IHRAM (TERMASUK :
JUBAH SEPASANG, MINI TELEKUNG,
SARUNG LENGAN, UNCANG BATU,
PENUTUP HIDUNG) : 1 SET
JUBAH : 2 HELAI
MINI TELEKUNG : 2 HELAI
JUBAH SEPASANG : 2 PASANG
SARUNG TANGAN : 2 PASANG
SARUNG LENGAN : 2 PASANG
SARUNG KAKI : 3 PASANG
STOKIN (WUDU’, IBU JARI, BIASA) : 3 PASANG
KASUT TAWAF / SA’I : 2 PASANG
TUDUNG LABUH : 2 HELAI
T-SHIRT BERKOCEK ZIP LENGAN PANJANG : 2 HELAI
KAIN BATIK : 2 HELAI
ANAK TUDUNG : 3 HELAI
LABEL MALAYSIA UNTUK TELEKUNG / TUDUNG : 3 HELAI
2) KELENGKAPAN LELAKI
KAIN IHRAM : 2 PASANG
TALI PINGGANG HAJI : 1 UTAS
T-SHIRT BERKOCEK ZIP : 3 HELAI
JUBAH : 2 HELAI
BAJU MELAYU : 2 HELAI
BAJU KURTA : 2 HELAI
KOPIAH : 1 BUAH
SONGKOK : 1 BUAH
KAIN PELIKAT : 2 HELAI
SELUAR HAJI : 2 HELAI
SERBAN : 2 HELAI
3) KELENGKAPAN AM
UNCANG BATU / KASUT : 1 BUAH
SELUAR HAJI : 2 HELAI
ALAT PENGIRA ZIKIR : 1 BUAH
STOKIN : 3 PASANG
GUNTING KECIL : 1 BUAH
BUKU PANDUAN HAJI / UMRAH : 1 BUAH
SEJADAH BEG : 1 BUAH
AL-QURAN BEG : 1 BUAH
BUKU DOA BERTALI : 1 BUAH
BUKU PANDUAN SOLAT : 1 BUAH
TASBIH TAWAF : 1 UTAS
TUALA BASAHAN : 1 HELAI
PELEMBAB BIBIR : 1 BUAH
GUNTING KECIL : 1 BUAH
Lain-lain
Serbuk Pencuci 
Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.
Hangers - bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.
Penyangkut Baju 
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk
mengeringkan pakaian di dalam bilik air
Penyangkut Berpelekat
Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian
selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.
Jubah
Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket.
Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.
Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja.
Ubat Batuk
Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry cough dan batuk berkahak) dari doktor di Msia.
Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.
Botol Spray
Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air
langsung dalam bilik air.
Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.
Cermin Muka Kecil
Bawa di dalam beg sandang cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.
Moisturiser/lip balm 
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)
Skin Repair/Vaseline
Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.
Sunglasses 
Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.
Tuala Kecil 
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.
Buku Sembahyang Sunat 
Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh - sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi.
Kasut (tanda nama - initials)
Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak selipar dari belakang.
Selipar Jepun (tanda nama - initials) 
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air.
Selipar ke masjid 
Beli yang murah sahaja dari Bata. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama - initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di sejadah sebelah kiri ataupun kanan.
Surah Yassin
Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .
Sejadah/ Rida'k
MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang di luar masjid.
Toiletry 
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Dove, Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah 'treated sea water' untuk kegunaan harian selain
dari untuk minum.
Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding dengan yang di jual di Mekah/Madinah.
Beg Sandang
Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:
a) Buku sembahyang sunat
b) Tasbih
c) Spray Air (size kecil) - untuk ambil air wuduk
d) Tuala Kecil - untuk melapik jubah semasa air wuduk
d) Uncang Selipar - untuk simpan selipar
e) Kad Kesihatan - untuk kecemasan
f) Kad Pengenalan Salinan - untuk pengesahan diri sekiranya tersesat/kecemasan
g) Kad Alamat Hotel - sekiranya sesat boleh tunjukkan alamat hotel
**Segala barangan boleh dihubungi pihak kami / lihat di http://www.dniey71.blogsport.com
Para Tetamu Allah adalah dinasihatkan melakukan Sholat sunat  Taubat,Hajat dll..agar dipermudahkan oleh Allah swt. semasa Menziarahi dan Merenung.. Kebesaran Allah semasa menunaikan ibadat Haji dan Umrah.
Contoh Pemakaian Budak
Pemandangan Baitullah
Tawaf Baitullah
Masjid Nabawi
Raudah
Kain Ehram
Baju BerZip Poket
Jubah Kurta
Telekung Sholat Wanita

Ulasan