Salah satu cara menutup kepala yang sering diwar-warkan bagi kaum lelaki adalah dengan memakai serban yang juga merupakan pakaian sunnah yang kerap diperdebatkan. Bagi yang fanatic janganlah sampai menghukum saudara sendiri berdosa, seolah-olah pemakaian serban tersebut suatu yang dimestikan dan wajib disisi Allah SWT, padahal hukum pemakaiannya hanyalah dikira sebagai sunnah fe’li (perbuatan) BagindaSallallahu Alaihi Wasallam.
Serban juga tidak hanya dikhususkan dan terhad pada umat Islam sahaja, banyakagama lain turut memakainya seperti Hindu, Sikh dan Arab Jahiliyah.
“Pemakaian serban itu adalah dengan cara melilitkan serban pada ‘Qalansuah’(kopiah). Tidak dinafikan masyarakat Arab memakai serban termasuk musyrikin Quraisy dan kabilah2 Arab yang lain. Tapi Nabi Sallallahu Alaihi Wasallammembezakan cara lilitannya sebagaimana ahli Hadis meriwayatkan baginda mengajar Sayyidina Ali cara memakai dan membuat lilitan serban sebelum mengutus menantunya itu ke Khaibar dlm ekspedisi dakwah.” (al Mubarakfuri, Tuhfah al Ahwazi, Jld 5, ms 336 dari Imam atTabarani, dihasankan oleh Imam as Suyuti).
Ukuran serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak disebut dalam mana-mana hadith yang mahsyur. Satu riwayat dari Tabrani menyebut 7 dhira(hasta). Baijuri r.a. Memetik dari Ibn hajar bahawa hadith ini tidak ada asas. Allamah Jazari r.a. berkata, “Telah daku pelajari kitab-kitab Sirah tetapi daku tidak dapati hadith yang menyatakan ukurannya.”
Imam Nawawi r.a. melaporkan,“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammempunyai 2 helai serban, satu kecil berukuran 6 hasta (7 hasta menurut Munawi r.a. dan Mulla Ali Qari r.a.) dan satu lagi 12 hasta.”
Pengarang Madkhal menyatakan panjang serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah 7 hasta. Ukuran lain tidak pula disebut. Memakai serban adalah‘sunnah da’iman’ (yang berterusan). Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Pakailah amamah (serban) selalu kerana ia menambah (kesopanan) seseorang.” (Fathul Bari)
Buangkanlah perasaan terlalu taksub, bongkak, riak dan takbur untuk menunjuk diri alim dengan berserban sambil menunggang motor atau beralasan satu mujahadah. Apasalahnya jika memakai helmet dan setelah sampai kedistinasi pakailah semula serban. Lainlah jika antum memakai serban bersama topi besi seperti zaman perang Era Nubuwwah.
والله أعلم بالصواب Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Contoh Cara Pemakaian
![]() |
![]() |
Ulasan
Catat Ulasan